ok, entri kali ni adalah sedikit perkongsian berkenaan dengan zikrullah yang mana menjanjikan kita semua umat Islam dengan banyak kebaikan yang tidak terhingga daripada Allah s.w.t
- bagi setiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kita harus bersedekah setiap kali kita dibangkitkan di pagi hari.
- Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa ilaaha Illallah) adalah sedekah, yang mana menyuruh kita untuk berbuat baik juga sedekah dan mencegah kemungkaran.
- Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hamba-Nya keEhsaan-Nya dan sedekah. Tiada keEhsaan yang lebih baik daripada berzikir kepada-Nya.
- Barangsiapa yang ingin melihat buku catitan amalannya dengan gembira (pada hari kiamat) maka hendaklah dia perbanyakkan istighfar.
- Orang yang pertama sekali akan dipanggil masuk syurga ialah orang yang memuji-muji Allah dalam keadaan senang atau susah. InsyaAllah.
- Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar bagi setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
- Barangsiapa selalu istighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. Wallahualam..
setakat itu dululah perkongsian ilmu saya pada kali ini...jika ada sebarang cadangan bolehlah kemukakan di ruangan komen..terima kasih..saya doakan semoga anda diberi keberkatan dari Allah..insyaAllah..terima kasih... sekian.