Saturday 21 September 2013

Dunia yang sementara

Assalamualaikum...setelah berbulan-bulan tidak "update" blog ni... tergerak hati dan jari-jemari aku untuk berkarya... berkarya lah sangat...hehe.. sesungguhnya aku tidak ada idea untuk ditulis dalam blog ini, namun dengan ilham yang datang pelan-pelan, akhirnya dapatlah aku kumpul sedikit sebanyak bahan yang ingin dicoret dalam blog aku ini... (*o*)y...

Entri kali ini dipetik dari khutbah-khutbah jumaat, pengalaman hidup dan bacaan aku sendiri... diharap agar perkongsian ini dapat memanfaatkan diri aku dan pembaca sekalian.

ini merupakan ayat yang paling aku suka pada khutbah jumaat dua minggu lepas...mendalam dan menusuk ke kalbu...haha..

"Hidup muda cuma sekali,
  Jadikanlah ia masa untuk berparti,
  Namun haruslah diingati,
  Kalau Allah dah PANGGIL tiada nanti-nanti"

Dan satu dua hari ni, aku dikejutkan dengan perubahan mendadak yang ditunjukkan oleh seorang sahabat baik aku.. dari seorang yang nakal, dia menjadi seseorang yang lebih baik... Masa tuh, mode setan aku teraktif secara tiba-tiba...haha.. mulalah aku menganjing dia.. tapi pelan-pelan, bila aku fikir balik... biarlah dia, bolehlah aku ikut pelan-pelan jugak... tiada yang sempurna di dunia ni...

Pada masa yang sama, aku turut mengikuti aktiviti dia pelan-pelan, tiap malam dia selalu bertelefon dengan orang... Ibunya? Aweknya?...Allah saja yang tahu... jika dia berubah kerana nasihat dari ibunya, alangkah beruntungnya seorang ibu itu untuk mendapat seorang putera yang taat akan kata-katanya...sekiranya dia berubah kerana seorang wanita, sesungguhnya itu adalah mainan syaitan untuk menyesatkan manusia ke dalam dunia CINTA ISLAMIK.. di mana tiada fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengan situasi begitu...hehe.. perubahan yang terbaik adalah perubahan kerana Allah.

syaitan itu bijak, hacker terhebat di alam semesta... dia boleh menyesatkan manusia dengan cara jahat ataupun baik... salah satu cara baik adalah cinta islamik... nampak macam suci dan mulia.. namun hakikatnya tidak.. kemungkinan juga tindakan aku untuk buat entri ini menampakkan bahawa aku sedang mencari perhatian dan riak... sebab pada luarannya, aku bukanlah seorang yang layak memberikan nasihat kepada orang.. diri sendiri masih terumbang-ambing... sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan dari tipu daya syaitan laknatullah...wallahualam..

THE END ^^

Thursday 31 January 2013

Zikrullah

assalamualaikum...sudah lama rasanya saya tidak menulis dalam blog saya ini...sejak bergelar pelajar UMP, sy tiada masa nak update entri dalam blog ni..huhu.. alhamdulillah sekarang ni sedang cuti sem...

ok, entri kali ni adalah sedikit perkongsian berkenaan dengan zikrullah yang mana menjanjikan kita semua umat Islam dengan banyak kebaikan yang tidak terhingga daripada Allah s.w.t


  • bagi setiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kita harus bersedekah setiap kali kita dibangkitkan di pagi hari.
  • Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa ilaaha Illallah) adalah sedekah, yang mana menyuruh kita untuk berbuat baik juga sedekah dan mencegah kemungkaran.
  • Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hamba-Nya keEhsaan-Nya dan sedekah. Tiada keEhsaan yang lebih baik daripada berzikir kepada-Nya.
  • Barangsiapa yang ingin melihat buku catitan amalannya dengan gembira (pada hari kiamat) maka hendaklah dia perbanyakkan istighfar.
  • Orang yang pertama sekali akan dipanggil masuk syurga ialah orang yang memuji-muji Allah dalam keadaan senang atau susah. InsyaAllah.
  • Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar bagi setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
  • Barangsiapa selalu istighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. Wallahualam..
setakat itu dululah perkongsian ilmu saya pada kali ini...jika ada sebarang cadangan bolehlah kemukakan di ruangan komen..terima kasih..saya doakan semoga anda diberi keberkatan dari Allah..insyaAllah..terima kasih... sekian.

Saturday 13 October 2012

Kawan..Kawan baik..Kawan yang baik..

Assalamualaikum semua..nampaknya kali ne ak rajin untuk post2 dlm blog ak ne...sbb kerja xbyk sgt mggu ne...hari ne ak akan berkongsi pendapatan ak dgn korg smua tentang kawan...apa itu kawan...apa itu kawan baik dan apa itu kawan yang baik...sebenarnya ak xterfikir pun nak post pasal topik ne...tapi benda yang berlaku pada ak hri ne mmbuatkan ak ingin meluahkan apa yg terpendam selama ini...power x ayat ak?..haha

ceritanya bermula begini...semalam belakang ak tiba2 sakit...nak lebih spesifik bahagian pelvic ak tiba2 sakit...memang susah nak berbongkok...ak kalau berdiri macam tiang elektrik...tak boleh capai tahap rukuk...dipendekkan cerita..pagi tadi ak mengadu kesakitan dgn housemate ak..memang susah nak bgun la dari katil tuh...(ok nak masuk part kawan dah ne..hehe)...tanpa persoalan yang panjang...dia dgn segera keluar rumah untuk tolong ak carikan felo supaya ak dihantar ke hospital...dia pusing punya pusing..xda sorg felo pun ada di rumah..sbb kebetulan hari ne adalah hari konvokesyen UMP...

dipendekkan cerita lagi..dia pegi la telefon member sekolah dia...nak minta tolong hantar ak pegi hospital...ak malu juga la mula2 tuh...sbb dahlah member dia senior...tp kebetulan juga member dia tuh main ragbi dgn ak...tp masa tuh member dia blum tau yg ak ne org yg dia nak bawa pegi hosp...tanpa fikir pnjg member dia setuju...fuh!..ak terharu sgt..ada gak org cm2...sggup bgn dri tdur untuk tlg org yang dia xkenal...dahlah hujung minggu...pastu kitorg pegi la hosp...sampai hosp kira2 pukul 9lebih...ak daftar dan tggu giliran...nak dekat pukul 1 baru giliran ak jumpa doktor...mmg bangas la ak tunggu kat sana...apa lagi member ak...dahlah hri ne hri rehat dia..terpaksa plak dia tunggu ak lama2 kat hosp tuh...ohya nama housemate ak Su...yg teman ak p hosp ne Edwan...sepanjang d hospital tuh ak terfikir apa maksud tiga benda ne...kawan..kawan baik..dan kawan yang baik...

benda yang berlaku hari ne merupakan satu benda yang membuatkan ak berfikir dan berazam supaya menjadi lebih baik dari yg sebelumnya...dua org kwn ak ne bukanlah kawan baik ak...tp dorg ne adalah seorang kawan yang baik...sanggup tolong member dlm kesusahan tanpa keluhan dan balasan apa2...walaupun terpaksa gadai masa dorg semata2 nak tolong member...

berikut ak ingin berkongsi definisi ak terhadap kawan..kawan baik..dan kawan yang baik...

KAWAN

  • Senang nak cari...tapi senang juga nak hilang...
  • Kebanyakannya datang bila kita senang dan hilang bila kita susah
  • Jarang ada yang sanggup berkata ya untuk menolong kawan yang dia kurang rapat...
KAWAN BAIK
  • Susah nak jumpa yang betul2 nak jadi kawan baik...
  • Selalunya istilah kawan baik terhasil daripada perkenalan yang agak lama...
  • Boleh dianggap sebagai adik beradik sendiri...
  • Susah sama susah..senang sama senang...
  • Jarang menolak untuk membantu kawan baiknya yang dalam kesusahan...
  • Tapi selalunya kawan baik akan baik dengan kawan baiknya sahaja...(pehe dok?)..haha
KAWAN YANG BAIK
  • Sangat susah nak jumpa...
  • Mereka ini hanyalah kawan biasa ataupun kawan yang baru jumpa tapi sangat baik dgn org lain
  • Ringan tulang untuk menolong member2 yang dalam kesusahan
  • Tidak banyak alasan apabila hendak menolong orang...
  • Pertolongan yang diberikan tidak dikhususkan kepada kawan baik sahaja...
  • Kawan yang baik akan baik dengan kawan baiknya dan juga kawan-kawannya yang lain..(nampak perbezaannya di situ?)...

di sini ak nak memperingati diri ini dan juga korg yang lain supaya sama-samalah kita berusaha untuk mencapai tahap KAWAN YANG BAIK itu...sejujurnya ak masih belum mencapai tahap itu...tapi sedang berusaha supaya ak sentiasa ikhlas dalam membantu org lain...peristiwa hari ini memang sesuatu yang bermakna buat ak supaya ak dapat berubah menjadi org yang lebih berguna kepada agama,bangsa dan negara...renung2kan dan selamat beramal... :)

Tuesday 9 October 2012

CINTA ISLAMIK

assalamualaikum kpd smua pembaca... nampak x tajuk tuh?.. entri kali ne ak nak berkongsi tentang cinta..ceh..muehehehe... ak ne xdala arif sgt pasal benda2 ne...cuma ak ambik tau akan isu2 semasa yg berlaku d negara kita ne terutamanya yg berkaitan dgn remaja cm ak ne... minggu lepas ak ada usrah dgn naqib2 ak...dan dorg bwak la tajuk ne ke dlm perbincangan...

cinta...apa itu cinta? cinta merupakan satu perasaan yang timbul di antara dua insan berlainan jenis iaitu lelaki dan perempuan. apabila seseorang mendakwa dia tlh jatuh cinta..dia akan merasakan dunia ini adalah dunianya dgn org yg dicintainya sahaja.. setiap kali bertemu..perasaan gelisah+gembira+tak tentu arah akan timbul kepada org yg mendakwa dirinya tlh jatuh cinta... ini merupakan cinta biasa yg berlaku pada setiap org...cinta terlarang pulak adalah cinta antara lelakilelaki atau perempuanperempuan...hahaha

tapi, apa pulak yg dinamakan dgn cinta islamik?...adakah islam mengajar kita untuk bercinta cara islamik?.. oleh itu sy akan berkongsi sedikit sebanyak yg sy tau pasal bnda ne.. penggunaan istilah cinta islamik ini sebenarnya telah lama digunapakai oleh masyarakat di negara kita terutamanya remaja.. alasannya adalah untuk menampakkan yg cinta mereka itu suci dan tidak memudaratkan.. ciri2 cinta islamik ialah :-


  • bercinta tp tidak pernah "dating"
  • berjumpa hanya untuk bercakap pasal agama dan kebaikan...kira mcm slalu bg tazkirah la ne sesama sendiri..
  • hadiah anniversary(ada yg bt ada yg x)...brg2 agama seperti al-quran, buku agama dll
cinta jenis ini selalunya berlaku d peringkat sekolah dan juga matrikulasi... mereka suka sesama sendiri namun xdpt menahan perasaan cinta itu lalu membuat satu perjanjian bahawa mereka akan bercinta tetapi tidak akan melebihi batas2 pergaulan yang telah disyariatkan oleh agama islam.. nampak mcm betul kn?..nampak mcm best kn?..tp kita harus ingat bahawa syaitan itu akan berusaha bersungguh2 untuk menyesatkan manusia dari pelbagai arah... dan ini adalah salah satu cara mereka iaitu bermain dgn perasaan manusia...

ini ada satu cerita yg berlaku kpd sahabat naqib sy.. mereka memulakan percintaan secara islamik semasa peringkat matrikulasi lg...mereka berazam untuk masuk universiti yg sama...dan yg lebih hebat lg mereka telah pun bertunang pada peringkat matrik tanpa pengetahuan ramai org..dipendekkan cerita..Allah telah menguji mereka dgn memisahkan mereka ke universiti yang berlainan. si wanita ini merupakan seorang yg alim d matrik dulu... namun pertunangan yg mereka jalin selama setahun lebih itu putus ditengah jln...dikhabarkan...si wanita ne telah berubah drpd alim ke xtw cmna nak ckp.. wallahualam.. 

nampak x betapa kuatnya hasutan syaitan sampai org yg bertunang pun boleh putus begitu sahaja...apatah lg org yg belum ada jalinan hubungan apa2...selagi mana seseorang itu blm bertunang ataupun berkahwin...selagi itulah dia masih berstatus "available" kepada sesiapa pun... sebab itulah kenapa ada org mengatakan couple itu HARAM.... sebab apa?..bukan sbb dating2 sahaja...sbb dia juga boleh menimbulkan fitnah org... boleh menyebabkan pergaduhan kerana berebut cinta dan boleh memutuskan hubungan silaturrahim sesama kita... lebih baik... Allah telah menjanjikan kita jodoh yg pasti...yg perlu kita buat hanyalah sentiasa berdoa dan memohon petunjuk Allah...wanita yg baik untuk lelaki yg baik...wanita yg jahat untuk lelaki yg jahat...semoga kita berada d dlm golongan mereka2 yg beriman...amin.. 

itu ja la entri kali ne...mcm telampau serius plak...hahaha...assalamualaikum...:)

Wednesday 15 August 2012

RAYA DULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...lama rasanya tak jenguk blog ak ne...bukan xnak update,tp xda masa...hehe...LAH SANGAT....hahaha...sebelum ak masuk isi entri ak ne...ak nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menghabiskan puasa...hehe...skrg ne kita akan masuk ramadhan yang ke 27...dan ini bermaksud raya juga xlama lagi akan tiba...masa tu la kita akan bergembira..ada yang balik kg..ada yg tak...kpd yg xdpt balik tu jgnlah bersedih..dah namanya hari raya...hepi2 la k...hehe...

entri kali ne ak nak ckp pasal suasana hari raya dulu, sekarang dan akan datang...kenapa?..sbb ak sendiri merasakan perubahan suasana raya tuh dari masa ke semasa...xtw kenapa...ak rasa korg yg lain pun sama gak kan...hehe jadi jom layan...:D

PERSIAPAN RAYA
DULU
-semua bahan untuk buat kuih, ketupat, dodol, lemang dan macam2 lagi kita cari sendiri...contohnya buluh,daun ketupat dan santan.
SEKARANG
-pegi jer kedai semua ada...ketupat ekspress...lemang ekspress...santan ekspress...xpyh dah daun2, buluh2 tu semua...pegi jer kedai dah ada...org bukan tw pun ktupat kita ekspress ke tak kn...hehe rasanyalah..
AKAN DATANG
-semua benda ne main order jer...order kat org yg sanggup berniaga tuk hari raya ne...xpyh nak masak...dah siap sedia...mcm catering gitu la...

MALAM RAYA
DULU
-org akan beramai2 dtg ke masjid untuk takbir raya...paling tidak pun takbir di rumah...
SEKARANG
-org lebih suka duduk depan tv sebab time ne la byk rancangan2 khas raya....yang pegi takbir tu ada tp xla semeriah dulu...ada pun takbir di rumah tapi sebenarnya yang takbir tuh adalah TV korg...buka jer astro oasis..konfem ada mawi dan akhil khay buat takbir tuk korg....haha
AKAN DATANG
-suara takbir beramai2 tu agak kurg sbb org lebih sibuk nak berfesbuk nak ucap selamat hari raya kat kawan2 dorg....yg budak2 xde lagi nak eksaited tunggu pngumuman raya..masing2 dgn kerja dorg...lebih2 lg yg ada henpon konfem begayut dengan awek nak plan beraya kat mana nanti...

PAGI RAYA
DULU
-lepas solat raya terus pegi minta maaf dengan mak ayah...dengan penuh kesyahduan...lebih2 lagi bila dah lama xjumpa dengan diorg...
SEKARANG
-habis jer solat raya...masing2 dah berkeliaran nak pegi beraya kat rumah kengkawan...mknn kat rumah sndiri yg mak dah masak pun dia blum smpt jamah...tu blum truk lg...braya x ingt balik rumah..lewat mlm baru muncul...itupun terus tidur...konfemla xsmpt lg nak minta maaf kat mak ayah...
AKAN DATANG
-bukan setakat xminta maaf dgn mak ayah...solat raya pun xpegi...katanya sunat...pas khutbah baru pegi...ewah2...dia igt ne solat jumaat ke apa..haha...

PEGI BERAYA
DULU
-datang rumah org dengan pakaian baju melayu yg lengkap...datang dgn niat nak beramah mesra dgn saudara sesama islam...kalau rumah diorg dikunjungi plak..layan tetamu dgn baik...duduk cerita sama2...
SEKARANG
-masih juga pakai baju melayu lengkap...tp tujuan pegi beraya tuh hanyalah untuk mendapat duit raya ataupun persinggahan terpaksa kerana mak ayah bawa...klu ada org dtg rumah pulak dia hidang mknn pastu dia duduk depan tv...yg penting tetamu mkn kira cukup syarat la tuh...adakah patut...tak patut..tak patut..
AKAN DATANG
-datang rumah org dgn baju mcm nak p konsert...katanya nak npk glamour dpn org...kot2 tuan rumah ada anak dara lawa....haha...itu bagus lg...ne ada stu golongan yg xnk dtg beraya...ckupla duduk dlm rumah..tgk tv...dan online...tggu org yg dtg kat rumah dia...itupun bila org dtg...dia hidang biskut kering pastu dia duk dpn laptop men fesbuk...

sebenarnya banyak lagi ne...tp xlarat nak taip...haha...yg ne pun dah cukup rasanya...yg lain tu korg pikir2 sndiri la k...hehe...ak harap yg raya akan datang tuh xla serupa apa yg ak fikirkan...harapan ak..raya ne biarlah menjadi hari di mana kita boleh mengeratkan lg silaturrahim sesama kita...buanglah niat nak mnunjuk2 kat org tuh...maksud ak...jmput org ke rumah dgn tujuan nak bangga2 diri dgn harta yg dia ada.....ingt...smua tu ALLAH punya...kang dia cabut balik nikmat baru tw...klu nak bermewah2 pun biarlah org lain puji sendiri...bukan kita memaksa org lain untuk puji akan kemewahan kita...xde maknanye...menyampah lagi adalah....akhir kata...SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI kepada semua yang baca entri ne...:D


Monday 9 July 2012

dikejar anjing!!!

assalamualaikum...hari ne pengalaman paling sandi...kena kejar anjing...setelah bertahun lamanya ak xdikejar anjing...akhirnya...pada 9/7/2012...hari isnin..masa ak sedang dengan tenangnya pegi kuar rumah mw ambik barang d keta...datanglah sekor anjing ne dari belakang...tapi x menghala arah ak...dekat2la...tiba2 dia berlari...bila ak pusing depan, rupanya ada lg byk anjing...trus dorg (6 ekor) bgaduh...haha masa tu ak d tepi jak...ak xtw mna mw lari...apa lagi PANJAT KERETA la jawabnya...haha...dri atas tuh ak tgk dorg menyalak2...ak halau punya halau akhirnya lari pun dorg...nasib baik..kalau x hlg suda mungkin punggung ak kena gigit...alhamdulillah ak selamat...hehe ok the end of story..bye..:D

Friday 6 July 2012

must visit place in SABAH #2

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...lama dah tak eksesais jari jemari ku ini...hehe..kali ne tempat yg menarik d sabah dalam list ak ialah UTAN PARADISE JUNGLE CAMP... tempat ne memang terletak betul2 kat hutan...mula2 ak malas gak nak join ekspidisi ne tapi bila dah join memang best giler...

tempat ne terletak kat hutan kimanis,keningau...dan tempat ne memang dah popular di kalangan pelancong2 dalam dan luar negara...ak jak yg baru tw..dah 19 tahun jadi org keningau baru ak tw akan kewujudan tempat ne...haha...kalau korg nak pegi tempat ne, korg kenalah sediakan mental dan fizikal yang kuat...hehe..sebab jungle tracking dia sgtla tough tapi memuaskan...sebab kepenatan korg tu nanti akan terbayar bila korg sampai kat air terjun dlm hutan ne...mmg best la...

jungle tracking hutan ne terbahagi kepada beberapa jalan...ada yg 5 jam prjalan..gilaaaa!!! haha..ada yg 2 jam..ada yg 1/2 jam...hri tu ekspidisi kitorang ambik route yg 5 jam..hahaha nak mampus ak redah hutan tuh..nasib baik la masih fit... :p...hehehe syukur la juga masa tuh kitorang tak jumpa haiwan2 yg dlm hutan tuh...tp xde plak guide tu ckp ada rimau...hehe..tp leopard tuh ada cuma masa kitorang pegi dia tidur kot..hehe..tapi kalau org putih..dia sanggup ambik semua jalan tuh...sbb jln2 ne bleh disambungkan mengikut laluan tertentu...rekod prjalanan pling lama...9 hari 8 mlm...haha ada berani?..yg tu ak xtw apa dorg bt kat hutan...haha

secara konklusinya..ak bleh cakap tempat ne mmg best dan memang salah satu khazanah yang ada d sabah dan perlu dijaga untuk tatapan generasi akan datang...korg yg blum pegi sini terutamanya org sabah kenalah luangkan masa utk pergi sini...sbb mmg tempat ne boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga ataupun rakan2...sbb korg mmg akan rasa kerjsama yang erat semasa berada d hutan ne...ok rasanya itu sahaja entri kali ne..nak bagi detail lebih sebenarnya tapi tak best la kalau nak dedahkan semua kan.hehe seperti biasa sy akan akhiri dgn gmbr2 spnjg ekspidisi menawan utan paradise...ok babai...:)

cantik kan air terjun dia...:)

ne tempat omputih nak bt sun tanning...ak pun xbleh klh la.,..haha


yang tu tempat rehat...

rumah belakang tu adalah chalet..best mcm asrama..haha

sepa nak tinggal dalam khemah bleh pilih...satu khemah muat dua org

ne air terjun yg kecik...di balik air tuh ada gelonsor semulajdi..
best giler..ak dah try byk kali..hehe

candid yer..ak tak plan pun nak bt muka cmtu..hehe

selesai menyeberangi sungai..