Assalamualaikum...setelah berbulan-bulan tidak "update" blog ni... tergerak hati dan jari-jemari aku untuk berkarya... berkarya lah sangat...hehe.. sesungguhnya aku tidak ada idea untuk ditulis dalam blog ini, namun dengan ilham yang datang pelan-pelan, akhirnya dapatlah aku kumpul sedikit sebanyak bahan yang ingin dicoret dalam blog aku ini... (*o*)y...
Entri kali ini dipetik dari khutbah-khutbah jumaat, pengalaman hidup dan bacaan aku sendiri... diharap agar perkongsian ini dapat memanfaatkan diri aku dan pembaca sekalian.
ini merupakan ayat yang paling aku suka pada khutbah jumaat dua minggu lepas...mendalam dan menusuk ke kalbu...haha..
"Hidup muda cuma sekali,
Jadikanlah ia masa untuk berparti,
Namun haruslah diingati,
Kalau Allah dah PANGGIL tiada nanti-nanti"
Dan satu dua hari ni, aku dikejutkan dengan perubahan mendadak yang ditunjukkan oleh seorang sahabat baik aku.. dari seorang yang nakal, dia menjadi seseorang yang lebih baik... Masa tuh, mode setan aku teraktif secara tiba-tiba...haha.. mulalah aku menganjing dia.. tapi pelan-pelan, bila aku fikir balik... biarlah dia, bolehlah aku ikut pelan-pelan jugak... tiada yang sempurna di dunia ni...
Pada masa yang sama, aku turut mengikuti aktiviti dia pelan-pelan, tiap malam dia selalu bertelefon dengan orang... Ibunya? Aweknya?...Allah saja yang tahu... jika dia berubah kerana nasihat dari ibunya, alangkah beruntungnya seorang ibu itu untuk mendapat seorang putera yang taat akan kata-katanya...sekiranya dia berubah kerana seorang wanita, sesungguhnya itu adalah mainan syaitan untuk menyesatkan manusia ke dalam dunia CINTA ISLAMIK.. di mana tiada fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengan situasi begitu...hehe.. perubahan yang terbaik adalah perubahan kerana Allah.
syaitan itu bijak, hacker terhebat di alam semesta... dia boleh menyesatkan manusia dengan cara jahat ataupun baik... salah satu cara baik adalah cinta islamik... nampak macam suci dan mulia.. namun hakikatnya tidak.. kemungkinan juga tindakan aku untuk buat entri ini menampakkan bahawa aku sedang mencari perhatian dan riak... sebab pada luarannya, aku bukanlah seorang yang layak memberikan nasihat kepada orang.. diri sendiri masih terumbang-ambing... sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan dari tipu daya syaitan laknatullah...wallahualam..
THE END ^^