Saturday, 13 October 2012

Kawan..Kawan baik..Kawan yang baik..

Assalamualaikum semua..nampaknya kali ne ak rajin untuk post2 dlm blog ak ne...sbb kerja xbyk sgt mggu ne...hari ne ak akan berkongsi pendapatan ak dgn korg smua tentang kawan...apa itu kawan...apa itu kawan baik dan apa itu kawan yang baik...sebenarnya ak xterfikir pun nak post pasal topik ne...tapi benda yang berlaku pada ak hri ne mmbuatkan ak ingin meluahkan apa yg terpendam selama ini...power x ayat ak?..haha

ceritanya bermula begini...semalam belakang ak tiba2 sakit...nak lebih spesifik bahagian pelvic ak tiba2 sakit...memang susah nak berbongkok...ak kalau berdiri macam tiang elektrik...tak boleh capai tahap rukuk...dipendekkan cerita..pagi tadi ak mengadu kesakitan dgn housemate ak..memang susah nak bgun la dari katil tuh...(ok nak masuk part kawan dah ne..hehe)...tanpa persoalan yang panjang...dia dgn segera keluar rumah untuk tolong ak carikan felo supaya ak dihantar ke hospital...dia pusing punya pusing..xda sorg felo pun ada di rumah..sbb kebetulan hari ne adalah hari konvokesyen UMP...

dipendekkan cerita lagi..dia pegi la telefon member sekolah dia...nak minta tolong hantar ak pegi hospital...ak malu juga la mula2 tuh...sbb dahlah member dia senior...tp kebetulan juga member dia tuh main ragbi dgn ak...tp masa tuh member dia blum tau yg ak ne org yg dia nak bawa pegi hosp...tanpa fikir pnjg member dia setuju...fuh!..ak terharu sgt..ada gak org cm2...sggup bgn dri tdur untuk tlg org yang dia xkenal...dahlah hujung minggu...pastu kitorg pegi la hosp...sampai hosp kira2 pukul 9lebih...ak daftar dan tggu giliran...nak dekat pukul 1 baru giliran ak jumpa doktor...mmg bangas la ak tunggu kat sana...apa lagi member ak...dahlah hri ne hri rehat dia..terpaksa plak dia tunggu ak lama2 kat hosp tuh...ohya nama housemate ak Su...yg teman ak p hosp ne Edwan...sepanjang d hospital tuh ak terfikir apa maksud tiga benda ne...kawan..kawan baik..dan kawan yang baik...

benda yang berlaku hari ne merupakan satu benda yang membuatkan ak berfikir dan berazam supaya menjadi lebih baik dari yg sebelumnya...dua org kwn ak ne bukanlah kawan baik ak...tp dorg ne adalah seorang kawan yang baik...sanggup tolong member dlm kesusahan tanpa keluhan dan balasan apa2...walaupun terpaksa gadai masa dorg semata2 nak tolong member...

berikut ak ingin berkongsi definisi ak terhadap kawan..kawan baik..dan kawan yang baik...

KAWAN

  • Senang nak cari...tapi senang juga nak hilang...
  • Kebanyakannya datang bila kita senang dan hilang bila kita susah
  • Jarang ada yang sanggup berkata ya untuk menolong kawan yang dia kurang rapat...
KAWAN BAIK
  • Susah nak jumpa yang betul2 nak jadi kawan baik...
  • Selalunya istilah kawan baik terhasil daripada perkenalan yang agak lama...
  • Boleh dianggap sebagai adik beradik sendiri...
  • Susah sama susah..senang sama senang...
  • Jarang menolak untuk membantu kawan baiknya yang dalam kesusahan...
  • Tapi selalunya kawan baik akan baik dengan kawan baiknya sahaja...(pehe dok?)..haha
KAWAN YANG BAIK
  • Sangat susah nak jumpa...
  • Mereka ini hanyalah kawan biasa ataupun kawan yang baru jumpa tapi sangat baik dgn org lain
  • Ringan tulang untuk menolong member2 yang dalam kesusahan
  • Tidak banyak alasan apabila hendak menolong orang...
  • Pertolongan yang diberikan tidak dikhususkan kepada kawan baik sahaja...
  • Kawan yang baik akan baik dengan kawan baiknya dan juga kawan-kawannya yang lain..(nampak perbezaannya di situ?)...

di sini ak nak memperingati diri ini dan juga korg yang lain supaya sama-samalah kita berusaha untuk mencapai tahap KAWAN YANG BAIK itu...sejujurnya ak masih belum mencapai tahap itu...tapi sedang berusaha supaya ak sentiasa ikhlas dalam membantu org lain...peristiwa hari ini memang sesuatu yang bermakna buat ak supaya ak dapat berubah menjadi org yang lebih berguna kepada agama,bangsa dan negara...renung2kan dan selamat beramal... :)

3 comments:

  1. insyaAllah, anak yang baik sentiasa dlm lindungan Allah...sentiasa ada orang yang baik berada di sekeliling abg long...:-)

    ReplyDelete
  2. Bun,kalo gini aku mo jd tiga2 tu bole kn?huahuahua~

    ReplyDelete