Tuesday 9 October 2012

CINTA ISLAMIK

assalamualaikum kpd smua pembaca... nampak x tajuk tuh?.. entri kali ne ak nak berkongsi tentang cinta..ceh..muehehehe... ak ne xdala arif sgt pasal benda2 ne...cuma ak ambik tau akan isu2 semasa yg berlaku d negara kita ne terutamanya yg berkaitan dgn remaja cm ak ne... minggu lepas ak ada usrah dgn naqib2 ak...dan dorg bwak la tajuk ne ke dlm perbincangan...

cinta...apa itu cinta? cinta merupakan satu perasaan yang timbul di antara dua insan berlainan jenis iaitu lelaki dan perempuan. apabila seseorang mendakwa dia tlh jatuh cinta..dia akan merasakan dunia ini adalah dunianya dgn org yg dicintainya sahaja.. setiap kali bertemu..perasaan gelisah+gembira+tak tentu arah akan timbul kepada org yg mendakwa dirinya tlh jatuh cinta... ini merupakan cinta biasa yg berlaku pada setiap org...cinta terlarang pulak adalah cinta antara lelakilelaki atau perempuanperempuan...hahaha

tapi, apa pulak yg dinamakan dgn cinta islamik?...adakah islam mengajar kita untuk bercinta cara islamik?.. oleh itu sy akan berkongsi sedikit sebanyak yg sy tau pasal bnda ne.. penggunaan istilah cinta islamik ini sebenarnya telah lama digunapakai oleh masyarakat di negara kita terutamanya remaja.. alasannya adalah untuk menampakkan yg cinta mereka itu suci dan tidak memudaratkan.. ciri2 cinta islamik ialah :-


  • bercinta tp tidak pernah "dating"
  • berjumpa hanya untuk bercakap pasal agama dan kebaikan...kira mcm slalu bg tazkirah la ne sesama sendiri..
  • hadiah anniversary(ada yg bt ada yg x)...brg2 agama seperti al-quran, buku agama dll
cinta jenis ini selalunya berlaku d peringkat sekolah dan juga matrikulasi... mereka suka sesama sendiri namun xdpt menahan perasaan cinta itu lalu membuat satu perjanjian bahawa mereka akan bercinta tetapi tidak akan melebihi batas2 pergaulan yang telah disyariatkan oleh agama islam.. nampak mcm betul kn?..nampak mcm best kn?..tp kita harus ingat bahawa syaitan itu akan berusaha bersungguh2 untuk menyesatkan manusia dari pelbagai arah... dan ini adalah salah satu cara mereka iaitu bermain dgn perasaan manusia...

ini ada satu cerita yg berlaku kpd sahabat naqib sy.. mereka memulakan percintaan secara islamik semasa peringkat matrikulasi lg...mereka berazam untuk masuk universiti yg sama...dan yg lebih hebat lg mereka telah pun bertunang pada peringkat matrik tanpa pengetahuan ramai org..dipendekkan cerita..Allah telah menguji mereka dgn memisahkan mereka ke universiti yang berlainan. si wanita ini merupakan seorang yg alim d matrik dulu... namun pertunangan yg mereka jalin selama setahun lebih itu putus ditengah jln...dikhabarkan...si wanita ne telah berubah drpd alim ke xtw cmna nak ckp.. wallahualam.. 

nampak x betapa kuatnya hasutan syaitan sampai org yg bertunang pun boleh putus begitu sahaja...apatah lg org yg belum ada jalinan hubungan apa2...selagi mana seseorang itu blm bertunang ataupun berkahwin...selagi itulah dia masih berstatus "available" kepada sesiapa pun... sebab itulah kenapa ada org mengatakan couple itu HARAM.... sebab apa?..bukan sbb dating2 sahaja...sbb dia juga boleh menimbulkan fitnah org... boleh menyebabkan pergaduhan kerana berebut cinta dan boleh memutuskan hubungan silaturrahim sesama kita... lebih baik... Allah telah menjanjikan kita jodoh yg pasti...yg perlu kita buat hanyalah sentiasa berdoa dan memohon petunjuk Allah...wanita yg baik untuk lelaki yg baik...wanita yg jahat untuk lelaki yg jahat...semoga kita berada d dlm golongan mereka2 yg beriman...amin.. 

itu ja la entri kali ne...mcm telampau serius plak...hahaha...assalamualaikum...:)

4 comments: